Search

Adakah baik untuk minum air lemon sebelum waktu tidur?

Perubahan kecil dalam gaya hidup boleh memberi implikasi besar sepanjang tempoh masa. Satu perubahan kecil dalam gaya hidup yang anda boleh lakukan hari ini tanpa sebarang usaha yang banyak adalah minum air lemon sebelum tidur. Air lemon amat kaya dengan vitamin C. Ini menjadi sebab utama kenapa ramai orang gemar menikmati air lemon untuk diri mereka. Vitamin C dirumus dengan kebaikan termasuk perlindungan terhadap kekurangan sistem imun, penyakit kardiovaskular, masalah pranatal, penyakit mata, dan kedutan kulit.



adakah baik untuck minum air lemon sebelum waktu tidur?

Kebaikan minum air lemon sebelum waktu tidur


Terdapat banyak kebaikan minum air lemon sebelum tidur. Mari kita lihat beberapa perkara seperti berikut:


· Ia membantu anda menurunkan berat badan – Air panas memecah depositlemak di dalam badan manusia mengakibatkan penurunan berat badan. Ia juga mengisi ruang dalam perut anda yang membuatkan anda berasa kenyang dan menghalang anda daripada sering ke dapur pada tengah malam. Minum secawan air lemon adalah lebih baik kerana ia menghasilkan keputusan lebih ketara. Ini adalah kerana lemon mempunyai serat pektin yang memain peranan dalam penurunan berat badan dengan mengawal ketagihan makanan.

· Ia membantu anda berpeluh lebih banyak – Pada mulanya ini tidak dilihat seperti sesuatu yang baik; siapa yang ingin berpeluh dengan banyak? Sama ada anda suka ataupun tidak, berpeluh adalah baik untuk anda. Peluh membantu membersihkan sel kulit dengan mengeluarkan garam dan air yang berlebihan daripada badan dan sel-selnya. Ini amat dialu-alukan sebagai satu kelebihan untuk kulit sihat.

· Ia membuatkan anda berasa lega sekiranya anda batuk/selesema – Seperti yang telah dinyatakan, lemon kaya dengan vitamin C. Vitamin C amat bagus diambil dengan lebih semasa anda batuk/selesema. Ia juga merangsang otak serta fungsi saraf dan membantu mengawal tekanan darah. Ini merangsang sistem imun anda.

· Ia meneutralkan asid dalam perut – Barah tumbuh dalam persekitaran berasid. Mengepam perut anda dari masa ke masa dengan air lemon adalah sangat baik untuk kesihatan dan kesejahteraan anda.

· Ia membantu penghadaman -Sekiranya anda mengalami sembelit dan anda minum segelas air lemon suam setiap malam, sejurus anda tidak lagi akan mengalami sebarang masalah dengan sembelit. Asid dalam lemon juga membantu badan anda memproses makanan lebih perlahan, dan tahap insulin anda akan kekal stabil sepanjang malam. Ia juga membantu badan anda menyerap nutrien dengan lebih baik.

· Ia bertindak sebagai detoks semula jadi – sama ada air lemon diuretik atau tidak masih di bahaskan, walau bagaimanapun, ia membuatkan anda sering ke tandas. Ini meningkatkan keupayaan badan membersihkan diri dengan mengeluarkan toksin yang tidak sihat dan tidak diingini dari saluran kencing.

· Ia membantu seimbangkan tahap pH anda – Lemon sangat berasid jika tidak bercampur. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja ia masuk ke dalam badan, ia menjadi alkali. Ramai pakar pemakanan akan memberitahu anda badan yang berakali adalah badan sihat.

· Ia akan membantu anda bangun dalam mood yang baik – ion bercaj- negatif yang terdapat di dalam lemon membantu meningkatkan tahap tenaga dan juga membuat anda berasa lebih baik.


Fakta nutrisi air lemon

· Lemon tinggi dalam vitamin C, folat, kalium, flavonoid, dan kompaun yang dikenali sebagai limonin ( Limonin didapati dalam jus lemon)

· Orang dengan sistem imun yang lemah akan baik dengan minum secawan air lemon. Seperti yang telah dinyatakan, vitamin C terdapat dalam lemon dan ia bermanfaat dalam mengekalkan tahap tekanan rendah.

· Vitamin C membaiki degenerasi makular, mengurangkan radang, mengurangkan risiko barah dan penyakit kardiovaskular.

· Pecahan nutrien satu gelas air adalah seperti berikut:-

Kalori : 9

Gula : kurang daripada 1 gram

Vitamin C : 25% daripada RDI

Folat: 1% daripada RDI

Kalium : 1% daripada RDI

· Air lemon mengandungi ciri-ciri antibakteria yang kuat. Ini membantu ia menangkis jangkitan.


Cara-cara menyediakan air lemon

Menyediakan air lemon hampir semudah bernafas. Ikut langkah-langkah berikut dengan teliti supaya anda boleh menikmati segelas air lemon yang menyegarkan.

Anda memerlukan –

· 1/2 biji lemon

· 1/4 gelas air sejuk

· 1/3 cawan air panas masak

Cara-cara penyediaan:

· Picit lemon dengan menggunakan pemerah lemon. Jika tidak ada, anda boleh gunakan tangan anda.

· Campur air panas dan air sejuk

· Seterusnya campurkan jus lemon dengan air

· Nikmatinya ketika ia masih panas. Sekiranya anda tidak suka rasanya, anda boleh mempertimbangkan untuk mencampurnya dengan madu.


Kesan sampingan

Walaupun air lemon dianggap selamat untuk diminum, terdapat beberapa kesan sampingan yang anda perlu sedar. Lemon mempunyai kandungan asid sitrik yang tinggi yang boleh menghakis enamel gigi. Jika anda suka minum air lemon tetapi mahu mengekalkan gigi anda, pertimbangkan meminumnya dengan menggunakan straw. Seterusnya kumur mulut anda setelah anda habis minum kesemua air lemon tadi.

Air lemon menjadi sesuatu yang aneh apabila menyentuh tentang pedih ulu hati. Bagi sesetengah orang, ia merangsangnya, dan bagi yang lain pula ia melegakan kerana lemon menjadi alkali dalam saluran penghadaman. Jauhi daripada air lemon jika ia menambah kepada kepedihan ulu hati.


Telah dilaporkan bahawa air lemon menyebabkan orang menggunakan tandas dengan lebih kerap. Ia biasanya dirujuk sebagai diuretik. Diuretik merujuk kepada bahan yang meningkatkan pengeluaran air kencing. Ini tidak terbukti kerana ahli sains belum menjumpai sebarang bukti tentang vitamin C daripada lemon mengandungi sebarang kesan diuretik. Kemungkinan besar terhadap penggunaan tandas lebih kerap selepas minum air lemon adalah peningkatan pengambilan air atau lebih banyak air berada dalam sistem anda.


Kesimpulan

Terdapat banyak diet berasaskan sepenuhnya pada lemon di mana ramai selebriti yang telah bersumpah sepenuhnya pengambilan diet sebegini oleh mereka. Minum segelas air lemon setiap malam sebelum tidur adalah usaha yang sangat mudah untuk kekal sihat dan mungkin juga akan membakar beberapa kalori dalam usaha ini. Sekiranya anda masih skeptikal, cuba mengambil air lemon ini untuk seminggu atau dua. Ia hanyalah segelas air lemon tanpa komitmen masa apa pun, dan ia tidak mencederakan anda, jadi apa kata terus mencubanya.

2,019 views

Jantzen Official Page

www.jantzen.com.my

Jantzen 19L Login Page
Login In Here

GET IN TOUCH WITH US

Email 

hello@jantzen.com.my

Customer service

1300 88 1313 | +6012 565 5133

Fax Line

+603 8071 7285

POLICY

0
merdeka-20.png