Search

Apakah Kelebihan Minum Air Panas?


Sama ada kita mengakuinya ataupun tidak, kita adalah biologi. Kadangkala, ia mungkin dirasai seperti kita ini istimewa dan mempunyai kedudukan mengatasi persekitaran kita, namun pada realitinya kita terhad oleh darah dan daging kita. Oleh yang demikian, kesihatan fizikal dan mental kita terjejas oleh makanan dan air. Sebanyak mana sekali pun kita hendak rasa seperti kita terkawal, kebenaran dalam banyak perkara, kita bergantung pada belas kasihan kimia-kimia dalam kepala kita. Salah satu perkara terbaik yang anda boleh lakukan adalah memastikan anda sentiasa berada dalam keadaan terbaik dengan banyak minum air.



Badan manusia dapat bertahan sehingga 40 hari tanpa makanan, walau bagaimanapun, badan hanya boleh langsungkan diri selama dua hari tanpa air jika dibandingkan. Perbezaan ini menggambarkan betapa air itu amat penting kepada kesejahteraan kita. Setelah kita memahaminya, mari kita ke tahap seterusnya dan bercakap tentang air panas, khususnya, tentang kelebihan minum air panas.

Kelebihan minum air panas

  • Ia membantu dalam penghadaman – Air panas merangsang penghadaman. Apabila anda minum cecair hangat, badan anda tidak akan menggunakan tenaga yang banyak untuk memecahkan makanan yang anda makan. Ini menjadikan ia sangat mudah untuk badan menghadam dan membolehkan makanan melalui usus dengan lancar.

  • Ia adalah detoks bebas - Air panas membuang toksin daripada badan semasa badan berpeluh dan membuang air kecil dengan banyak. Lupakan semua tentang penyuci jus. Sebaliknya minum air suam; dompet anda akan berterima kasih.

  • Ia menambah baik peredaran darah – Seperti yang telah dinyatakan, air panas mengeluarkan toksin daripada badan. Ia juga mengeluarkan deposit lemak yang sedang beredar dalam badan menyebabkan peredaran darah meningkat. Urat dan arteri mengembang di mana kemudiannya memberi lebih banyak ruang untuk darah mengalir.

  • Ia melegakan sakit semula jadi – Air panas melegakan otot dan mengurangkan kesakitan. Wanita dengan senggugut akan berasa lebih baik dengan minum secawan air panas untuk mengurangkan kesakitan. Ia juga membantu melawan sakit kepala dan lain-lain kesakitan badan.

  • Ia membantu mengurangkan berat badan – Air panas mengambil ruang di dalam perut dengan membuat anda rasa lebih kenyang dengan lebih lama. Ini membuat anda kurang ke dapur di tengah malam bermakna kurang kalori yang dimakan yang kemudiannya diterjemahkan menjadi penurunan berat badan. Air panas juga menaikkan suhu badan. Ini meningkatkan kadar metabolisme menyebabkan lebih banyak kalori terbakar ketika berehat.

  • Ia membantu anda bertambah umur dengan perlahan – Orang yang paranoid tentang penuaan patut minum secawan air panas sebelum tidur. Selepas detoksifikasi, kulit pulih lebih cepat. Sel-sel juga membaiki diri pada kadar lebih cepat di mana menjadikan kulit lebih bercahaya. Ini bermakna ia elastik. Kulit yang elastik kurang berisiko kepada kedutan. Orang yang ada jerawat boleh bergembira kerana air panas membantu mengurangkan jerawat dengan membuka liang-liang.

  • Ia lebih mudah pada gigi – Air suam lebih senang diserap dan lebih baik untuk gigi, dan pemulihan. Ia adalah penting untuk ingat untuk tidak melakukannya secara berlebihan dengan memastikan air tidak terlalu panas.

  • Ia mengurangkan sembelit – Sembelit selalunya berlaku akibat kekurangan air dalam badan. Mulakan setiap hari dengan secawan air panas merupakan cara terbaik mengurangkan kemungkinan mendapat sembelit. Suhu tinggi air panas merangsang peristalsis usus dan membantu dengan perlahan pergerakan usus dan sembelit. Sekiranya anda menghidapi pergerakan yang sedikit pada usus, secawan air panas mungkin menjadi ubat yang anda cari.

Risiko minum air panas

  • Terdapat lebih tinggi risiko terhadap pencemaran-Bahan pencemar lebih senang dicampur dengan air suam daripada air sejuk. Berhati-hati dengan bahan cemar daripada paip anda.

  • Besar kemungkinan membakar mulut dan tekak anda – Jika anda cuai, anda boleh membakar mulut dan tekak anda semasa minum air panas. Ini boleh mengakibatkan luka ringan dan kemerahan.

  • Anda boleh mencederakan organ dalaman – lapisan dalaman organ anda boleh dirosakkan oleh air yang panas.Ia juga boleh menyebabkan jerawat-jerawat kecil yang tidak lansung memberi keseronokan.

  • Air panas berlebihan boleh mencairkan darah -Ini amat merbahaya. Terlalu banyak perkara yang baik tidak bagus untuk anda. Minum air panas berlebihan boleh mencairkan darah dalam saluran darah.

  • Ia boleh megurangkan jumlah pengambilan air – Air suam bukan paling mudah diambil, dan telah ditunjukkan untuk mengurangkan dorongan minum air.

  • Ia boleh mengganggu tidur anda – Minum air panas membuatkan anda untuk kerap ke tandas pada waktu malam menyebabkan tidur anda terganggu. Ini membuatkan anda bangun dengan rasa seperti tidak mendapat rehat yang cukup.

  • Ia berpotensi merosakkan buah pinggang – Terlalu banyak air suam mengalir dalam buah pinggang anda boleh merosakkan keupayaannya untuk menapis toksin. Berhati-hati dengan berapa banyak air yang telah anda minum.

Suhu yang tepat

Tiada satu saiz yang sesuai dengan semua penyelesaian. Situasi berbeza perlu maklum balas berbeza. Seseorang yang mengalami demam akan melakukan lebih baik untuk minum air di paras suhu bilik daripada air yang panas. Begitu juga, terdapat situasi lain yang menuntut jawapan berbeza; agar anda tidak boleh memberitahu sesiapa pun apakah suhu yang tepat tanpa mendalami kes.

Jika anda bersungguh-sungguh tentang suhu yang sesuai untuk minum air selepas memasaknya, suhu air yang selamat untuk diminum adalah dalam linkungan 60-72 darjah Celsius. Ini akan membuatkan ia supaya tidak membahayakan diri anda.

Kesimpulan

Kelebihan minum air panas jauh melebihi sebarang risiko yang telah disebutkan. Perkara paling penting untuk diberi perhatian adalah untuk tidak keterlaluan. Secawan air sebelum masuk tidur atau disebelah pagi adalah cara paling baik untuk memulakannya. Jika anda masih skeptikal tentang kelebihan minum air panas, cuba sendiri dan buat keputusan sama ada ia sesuatu yang karut ataupun tidak. Tidak rugi untuk mencubanya!

123 views

Jantzen Official Page

www.jantzen.com.my

Jantzen 19L Login Page
Login In Here

GET IN TOUCH WITH US

Email 

hello@jantzen.com.my

Customer service

1300 88 1313 | +6012 565 5133

Fax Line

+603 8071 7285

POLICY

0
merdeka-20.png